Dua Maut Dalam Kemalangan Lima Kenderaan


BETONG: Dua maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di KM62 Jalan Sri Aman-Sarikei sekitar jam 12.45 tengah hari tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Afian Rajuli dan Joe Garyson Bekeng.

Lapan lagi mangsa mengalami dan terselamat dalam kemalangan tersebut.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, dalam kemalangan itu dua mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba.

"Berdasarkan laporan di tempat kejadian, lori membawa LPG dari arah Sri Aman menuruni bukit berselekoh dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan serta melanggar van sebelum berpusing melanggar sebuah lagi kenderaan (Perodua Alza).

"Sebuah lagi Perodua Viva pula melanggar belakang Alza dan lori terbabit turut melanggar sebuah lagi Perodua Alza lain," katanya.

Menurutnya, kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan sepanjang 3km di kedua-dua arah. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA