• DRB-HICOM taja wira paralimpik, ibu bapa tunai umrah

    Published: Monday, 12 September 2016
    A- A+

    KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Berhad sebentar tadi mengumumkan akan menghantar atlet negara yang memenangi emas pada temasya Paralimpik Rio 2016 mengerjakan umrah bersama ibu bapa masing-masing.

    Ganjaran itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan.

    "Dengan keazaman dan keberanian sebenar, hero kita membawa pulang tiga pingat emas menakjubkan buat Malaysia; tidak pernah terfikir kita akan mendengar Negaraku dimainkan pada pentas tertinggi itu.

    "Kami semua berbangga dengan mereka dan pengorbanan dilakukan.

    Dan dengan itu DRB-HICOM berbesar hati menghadiahkan hero kita untuk mengerjakan umrah," kata Syed Faisal.-BH

    Subjects:

  • No Comment to " DRB-HICOM taja wira paralimpik, ibu bapa tunai umrah "