DOJ Nasihat Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Tun M

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) didakwa menasihati kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan tegas ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berterusan membuat dakwaan palsu kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao.

Beliau berkata, apa yang berlaku menunjukkan dakwaan Tun M dan sekutunya tidak benar sama sekali termasuklah kononnya DOJ bakal mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Malaysian Official 1 (MO1).

“Melalui Peguam Negara AS, Loretta Lynch, Najib tidak disiasat dalam kes 1MDB. DOJ juga sudah memaklumkan bahawa siasatan itu juga tiada kaitan dengan apa-apa siasatan jenayah ke atas Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, DOJ sendiri berasa kurang senang dengan pihak yang sengaja menuduh mereka kononnya akan memanggil dan mendakwa Najib dalam kes itu.

“Selagi tiada tindakan tegas diambil ke atas Mahathir dan orang-orangnya, mereka akan terus membuat tuduhan dan dakwaan biarpun tidak ada asas atau fakta,” katanya.

Menurut Ramesh, Mahathir menggunakan saman sivil berkenaan yang dikatakan ada individu tertentu sudah menyeleweng dana 1MDB untuk membiayai perkara-perkara tertentu untuk memburukkan nama Najib dan BN di mata dunia.

Katanya lagi, di dalam saman sivil berkenaan, nama Perdana Menteri tidak disebut langsung oleh pihak DOJ.

Malah menurutnya, dalam kes yang sama, 1MDB sendiri tidak pernah pun membuat laporan atau aduan bahawa ada wang mereka sudah hilang akibat penyelewengan.

Kenyataan itu menguatkan lagi apabila 1MDB telah menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang aset di AS. - SuaraTV

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA