Dipenjara Dua Tahun Miliki Bendera IS


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sebuah institut kemahiran dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki bendera berkaitan kumpulan militan IS, enam bulan lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan Mohd Zaidi Hashim menjalani hukuman berkenaan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac 2016.

Tertuduh, 36, yang tidak diwakili peguam didakwa memiliki item (bendera) yang berkait dengan perlakuan pengganas di rumah No 6-11A Blok D Pangsapuri Permai, Jalan Tropicana, Petaling Jaya, di sini, pada jam 1.10 petang 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh juga dilucutkan mana-mana item itu.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA