Dibelasah Indonesia: Apa Lagi Alasan FAM


MENYAKSIKAN siaran langsung perlawanan Persahabatan Kelas A antara Malaysia lawan Indonesia malam tadi memang rasa loya sampai nak termuntah.

Pasukan yang disebut Skuad Kebangsaan mempamerkan aksi macam budak sekolah. Dua gol awal bolos pada minit ketujuh dan 11 jelas terlihat pasukan ini bermasalah. Nampak jelas Malaysia menurunkan pasukan budak sekolah.

Bagi FAM kekalahan 0-3 malam tadi hanya sekadar menambahkan jumlah kekalahan memalukan yang sedia ada dalam rekod di peringkat serantau. Cuma sebab FAM jenis persatuan yang memang muka tidak tahu malu, kekalahan semalam rasanya tidak memberikan apa-apa makna.

Sekadar menambahkan malu pada muka yang hidupnya memang tidak reti malu!

Selepas dua gol mudah pada minit ketujuh dan 11, kota Solo menyaksikan pada minit 21, Indonesia yang sudah 14 bulan digantung daripada perlawanan antarabangsa oleh FIFA, menambah jaringan ketiga.

FAM akan kekal sebagai persatuan bangsawan yang bongkak. Akan kekal tidak peduli perasaan dan maruah rakyat Malaysia yang melihat sukan bolasepak sebagai sebahagian daripada maruah nasional.

Sebab macam kita tahu selama ini: FAM memang menganggap persatuan itu sebagai persatuan milik emak bapak mereka! Syarikat Sendirian Berhad yang menghabiskan duit poket mak bapak. Bukan duit poket daripada cukai rakyat.

FAM masa ini adalah beban. Adalah biawak hidup yang perlu digalas 30 juta rakyat Malaysia kerana kelangsungan sejarah memalukan skuad kebangsaan selama lebih tiga dekad.

Kegembiraan kejayaan skuad Olimpik Rio musnah sekelip mata apabila skuad Harimau Malaysia dihantar ke padang bola dan kemudian dibelasah macam pasukan yang tidak pernah berlatih.

Sudahlah FAM. Anda semua boleh belah!

Susah kalau nama baik Malaysia diletakkan kepada tanggungjawab sekumpulan badut sarkis yang tak reti malu.

Penat kita berusaha membina jenama Malaysia. Bola sepak tempat jenama itu dihancurkan begitu saja.

Entah malaikat mana yang mampu menunjukkan jalan keluar kepada barisan kepimpinan FAM yang jelas nampak mahu mati di kerusi jatawan mereka! – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA