Datuk 75 Tahun Meninggal Selepas Jumpa Bintang MU


SEORANG lelaki berusia 75 tahun di Britain menghembuskan nafas yang terakhir dengan tenang apabila hasrat untuk berjumpa bintang bola sepak pujaan dirinya tertunai.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Paddy Lawler berasal dari Wythenshawe, Manchester meninggal dunia 45 minit selepas berjumpa dengan pemain bola sepak pujaannya dari kelab Machester United (MU).

Tambah laman berita itu, Lawler yang mengidap sakit kanser prostat pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan pemain kesayangannya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Demi memenuhi permintaan terakhir datuknya, Kayleigh, 27, cucu Lawler memuat naik status di Facebook untuk meminta bantuan sesiapa sahaja yang boleh merealisasikan impian datuknya.

Alangkah bertuahnya Kayleigh apabila status yang di muat naik itu kebetulan disedari sepupu pemain muda MU, Jesse Lingard dan tiga hari kemudian, empat bintang MU sanggup datang untuk melawatnya.

Antara yang hadir melawat Lawler ialah Marcus Rashford, Lingard, Ashley Young dan Timothy Fosu-Mensah.

Isterinya, Eunice, 71, berkata, seluruh ahli keluarga berasa lega apabila melihat suaminya meninggal dunia dalam keadaan gembira kerana dapat bertemu dengan bintang pujannya.

“Mereka (pemain MU) sangat baik kerana sanggup meluangkan masa bersama-sama dengan suami saya,” katanya.

Posting yang dimuat naik oleh Kayleigh pada 12 September lalu menerima satu ribu perkongsian daripada pengguna laman sosial itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA