DAP Terpalit Isu Rasuah ?

Sejak kebelakangan ini, isu rasuah yang menyelubungi DAP semakin menjadi kudis yang bernanah. Belum lagi selesai pembabitan Lim Guan Eng tentang rasuah yang masih melalui perbicaraan mahkamah, kini timbul pula isu rasuah bapa ADUN DAP.

Ternyata isu berkenaan telah mendapat liputan menyeluruh serta pihak pakatan harapan sendiri mula bersuara supaya DAP mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Jelas sekali DAP sebelum ini sering berkempen menghapus rasuah sebenarnya adalah sesuatu yang retorik semata-mata.

Berselindung seolah-olah BERSIH namun hakikatnya terpalit dengan isu rasuah yang mungkin akan menjejaskan kreadibiliti parti DAP itu sendiri. Sehingga kini Lim Kit Siang penasihat DAP mengambil sikap berdiam diri.

Presiden PKR Wan Azizah mula bersuara supaya DAP mengambi tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah. Malah Wan Azizah berani menyatakan bahawa isu rasuah yang membabitkan DAP lebih besar daripada isu 1MDB.

Nampak gayanya DAP mula menjadi bahan kritikan sesama pakatan harapan yang kini jelas DAP mula menonjolkan belang sebenar DAP. Mengalih perhatian rakyat dengan mewujudkan propaganda terhadap 1MDB dan menyembunyikan tembelang sendiri yang akhirnya terbongkar dan sukar untuk diselindungkan lagi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA