DAP Jahil Tentang Pembangunan Luar Bandar


SIMUNJAN : Penduduk yang tinggal berhampiran Jambatan Batang Sadong kecewa dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei berkenaan tempoh perjalanan yang singat ke sesuatu destinasi selepas siap jambatan tersebut.

Tuai Rumah Kampung Sungai Buloh Sili Bunsi, 70, berasa sedih dengan kenyataan tersebut kerana sekian lama mereka mengimpikan sebuah jambatan.


"Saya merasa kecewa terhadap kenyataan pembangkang yang begitu menjengkelkan. Wong dan DAP berterusan mempolitikkan isu-isu pembangunan dan saya telah menasihati rakyat agar tidak pedulikan kenyataan DAP kerana kita tahu faedah daripada jambatan tersebut," katanya.

Mewakili komuniti kaum Cina Sadong Jaya Teo Thuan Theng pula berkata, DAP ingin dilihat sebagai juara dan menjadikan Jambatan Sadong jaya sebagai isu politik.


"Mereka boleh berterusan 'menyalak' tetapi kami tidak akan terpengaruh kerana kami mengetahui DAP tidak konsisten dalam prinsip. Isu pembangunan luar bandar mereka hanyalah cakap-cakap kosong," ujarnya.

Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Nancy Shukri yang dihubungi berkata, beliau tidak tersentak dengan kenyataan Wong King Wei.

"DAP Sarawak adalah penentang pembangunan luar bandar tetapi memperkenalkan program Impian Sarawak mereka.

"Tetapi Pengerusi DAP dua tahun dahulu membantah permohonan peruntukan RM500 Juta untuk melaksanakan pembangunan luar bandar ketika persidangan Dewan Undangan Negeri ketika itu," katanya.

Menurut Nancy lagi, rakyat kawasan tersebutbelum tentu bersedia untuk memaafkan Wong dan DAP kerana penduduk tahu DAP adalah penentang pembangunan luar bandar Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA