DAP Hanya Beri Ruang Kepada 'Kaki Bodek'



Hanya kerana bukan 'kaki bodek' pemimpin DAP pusat meminggir dan memencilkan bekas ADUN yang pernah berkhidmat untuk DAP.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Yap Hoi Liong begitu kecewa kerana pemimpin DAP pusat tidak mengendahkannya sejak sekian lama.

Menurut laporan Sinchiew Daily, Yap berkata, beliau pernah bertanya kepada diri sendiri sama ada beliau memiliki sifat kurang berkemampuan 'mengampu' menyebabkan beliau dipinggir oleh pemimpin DAP dan dianggap sebagai 'Lone Ranger'.

Keadaan itu berlaku apabila beliau tidak dapat mengiringi pemimpin dari Semenanjung yang bertandang ke Sibu, katanya dipetik akhbar tersebut.

Yap berkata beliau kadang kala tidak mempunyai masa kerana bertugas di luar Sibu dan urusan mahkamah tetapi beliau menyatakan telah memaklumkan kepada parti kenapa beliau tidak dapat mengikuti aktiviti mereka.

Yap menambah perkhidmatannya tidak direstui oleh segelintir kepimpinan DAP sejak lima tahun lalu sehingga beliau merasa tertekan dan kecewa.

Isu perletakan Yap telah heboh apabila beliau menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada Setiausaha DAP Negeri Alan Ling.

Alan mengesahkan dan menerima surat perletakan tersebut serta telah menyerah kepada Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen.

Menurut rentetan peristiwa yang telah berlaku kepada Yap Hoi Liong, DAP sebenarnya tidak akan memberi ruang langsung kepada mereka yang bukan 'kaki bodek'.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA