DAP Anti Pembangunan Luar Bandar?

Tidak keterlalauan jika melabelkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak sebagai 'ANTI' pembangunan luar bandar. Buktinya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lepas, DAP melalui pengerusinya, Chong Chieng Jen untuk tidak bersetuju usul kerajaan Barisan Nasional membuat permohonan penambahan peruntukkan RM500 juta daripada kerajaan pusat bagi peruntukkan pembangunan luar bandar.

Kesemua wakil rakyat dari DAP bersepakat tidak bersetuju dengan usul permohonan tersebut. Bukan setakat di dewan DUN sahaja, DAP meneruskan agenda tersebut dengan membuat kenyataan di media cetak, sosial dan sebagainya dengan memberi segala macam alasan agar rakyat terpengaruh dan menggagalkan usaha kerajaan untuk membangun kawasan luar bandar.

Kenyataan terbaru melalui Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei (DAP) yang membidas kenyataan Ahli Parlimen (AP) Batang Sadong Datuk Nancy Shukri berkenaan masa perjalanan yang singkat bila Jambatan Batang Sadong siap sepenuhnya adalah sesuatu yang menjengkelkan. DAP cuma melihat daripada sudut masa tetapi tidak melihat skop keseluruhan faedah jambatan tersebut.

Penduduk kawasan Batang Sadong turut membidas kenyataan Wong King Wei kerana beliau tidak peka tentang keperluan rakyat. Rakyat sudah sekian lama menunggu infastruktur sebegini dilaksanakan di kawasan mereka kerana penduduk lebih mengetahui faedah dan manfaat daripada kewujudan jambatan tersebut. Bukan singkat masa perjalanan yang dipersoalkan tetapi peluang ekonomi yang akan memberi jaminan peningkatan taraf hidup penduduk yang mereka inginkan.

Walaupun perkara yang dibangkitkan oleh Wong King Wei adalah hal remeh tetapi ia adalah salah satu cara usaha DAP untuk menggagalkan usaha kerajaan untuk rakyat. Bukan setakat isu jambatan mereka cuba pertikaikan, malah isu yang berteraskan rakyat DAP tetap cuba gagalkan kerana merea sentiasa berpolitik sepanjang masa untuk mengalih perhatian agar kepincangan dalam DAP sendiri tidak terdedah.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA