Dalami Sejarah, Bukan Kepentingan Politik


Satu pertiga rakyat Sarawak tidak mahu bergabung menubuh Malaysia, satu pertiga lagi mahu bergabung tanpa mengenakan syarat dan satu pertiga pula bersetuju dengan syarat-syarat yang ditentukan. Itulah pilihan rakyat syarat apabila Suruhanjaya Cobbold mendengar pandangan rakyat Sarawak tanpa referendum.

Keputusan telah dibuat iaitu menubuhkan Malaysia dengan syarat setelah Suruhanjaya Cobbold mendengar pandangan rakyat Sarawak. Oleh itu Sarawak adalah sebuah badan yang membentuk Malaysia pada 1963.

Secara ringkasnya penubuhan Malaysia adalah kehendak rakyat Sarawak sendiri dengan syarat-syarat tertentu dan pejanjian Malaysia telah ditandatangani bagi menjamin hak-hak Sarawak. Justeru penubuhan Malaysia dipercepatkan memandangkan ancaman daripada komunis dan luar semakin berleluasa.

Begitulah ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkenaan penubuhan tersebut dan pihak yang tidak bertanggungjawab harus memahami sejarah Sarawak. Gerakan seperti Sarawak for Sarawakian serta parti politik yang masih lagi mahu memperjuangkan agenda mereka untuk mendalami sejarah sebenar.

Halikatnya apa yang dijadikan agenda pihak yang tidak bertanggungjawab adalah kerana survival politik mereka yang terdesak untuk menguasai politik Sarawak. Malah agenda mereka cuba mengelirukan pemikiran rakyat Sarawak sehingga tidak mahu menerima sejarah sebenar negeri ini.

Apa yang diperjuangkan oleh Adenan hari ini adalah menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam peejanjian Malaysia dan pihak tidak bertanggungjawab seharuanya menghentikan desakan mereka kerana Adenan lebih tahu apa yang sepatutnya dilakukan tanpa menjejas hubungan Persekutuan dan Negeri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA