Daftarkan Inap Desa Dan Rumah Tumpangan



KUCHING: Pendaftaran inap desa amat penting untuk memastikan operasi dijalankan secara sah demi keselamatan pengunjung, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan berkata, setiap pengusaha perlu mendaftarkan inap desa masing-masing.

Pendaftaran menurutnya amat penting untuk memastikan setiap pengunjung dilindungi insurans.

"Biasanya inap desa dikunjungi pelancong luar, jadi perlu ada insurans dan protokol untuk mendaftarkan mereka.

"Perkara ini penting kerana ia melibatkan keselamatan pelancong dan pada masa sama menjaga nama baik negeri ini," katanya.

Selain itu jelas Abang Johari, pengusaha rumah tumpangan juga perlu melakukan perkara sama.

"Sekarang timbul masalah pihak bomba tidak setuju jika rumah kedai dijadikan sebagai rumah tumpangan kerana tidak selamat," ujarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA