Cungkil Bakat Di Seluruh Sarawak



Prestasi terumbang ambing pasukan bola sepak Sarawak mendapat kritikan meluas peminat bolasepak negeri ini.

Zaman kegemilangan semakin menghampiri kemerosotan.

Kritikan demi kritikan mengaitkan kelemahan pentadbiran Persatuan Bolesepak Sarawak (FAS).

Malah ada yang berani mengusulkan agar pengurusan FAS dibubar dan distruktur semula.

Ada benarnya kritikan tersebut dan pengurusan FAS perlu ditadbir oleh mereka yang benar-benar inginkan pasukan bolasepak kembali meningkat prestasi.

Ada perlunya muka baru menjadi pengurusan pentadbiran FAS.

Ramai nama-nama yang begitu relevan untuk mengisi jawatan tertinggi yang berpotensi membina FAS ke tahap kegemilangan.

Ada juga yang berpendapat supaya pengurusan FAS lebih berani mencungkil bakat yang terdapat di pedalaman.

Mungkin ada rasionalnya idea mencungkil bakat daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak memandangkan bakat sebenar ada di pendalaman yang terlepas pandang oleh FAS.

Apa yang pasti FAS perlu distruktur semula dan kepimpinan baru begitu diperlukan untuk meningkatkan lagi mutu bola sepak Sarawak.-Sarawakiana

1 comment:

  1. Sebenarnya FAS tak perlu keluarkan perbelanjaan besar utk mencari dan seterusnya mencungkil bakat muda dari seluruh pelusuk negeri. Jabatan Pendidikan dan KPM setiap tahun menganjur kejohanan b.speak peringkat umur 11, 12, 14,15 & 18 tahun ke bawah. FAS hanya perlu hantar wakil @ jurulatih @ lantik jurulatih dlm kalangan guru. Beri mereka elaun utk mengenalpasti bakat2 yg berpotensi kemudian gilap. Yang penting kerjasama...

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA