Cuba Suap Imigresen

Foto Harian Metro
MELAKA: Penjaga kaunter pusat kecantikan dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan memberi rasuah kepada penjawat awam, 24 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Tan Wei Ching, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail atas tuduhan merasuah pegawai Imigresen RM300 sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas wanita Thailand kerana melanggar syarat mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia negeri, pada 3.30 petang, 24 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntuk hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Ong Cheang Hian manakala tertuduh diwakili Peguambela Mohd Ishak Kari.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA