Coretan Tentang Nazi Oleh Mahathir Adalah Titik Terendah yang baru

Tulisan asal oleh :
Dato' Abdul Rahman Dahlan, Facebook Lim Sian See, 29 September 2016.

CORETAN TENTANG NAZI OLEH DR MAHATHIR ADALAH TITIK TERENDAH YANG BARU
Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29 September 2016

1. Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jerman minggu ini membuktikan bahawa tuntutan palsu Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia sedang dilanda kegagalan adalah salah sama sekali. Mungkin ia adalah untuk menutup rasa malunya sendiri bahawa Dr Mahathir kini telah mencapai tahap terendah yang baru. Bukan sahaja dengan hanya membandingkan Perdana Menteri kita dan mereka dalam Kerajaan dengan Nazi, tetapi dengan berbuat sedemikian semasa Perdana Menteri kita berada di Jerman.

2. Jerman telah menebus kembali kesilapan lalunya dan membina sebuah negara demokrasi yang menjadi contoh kepada yang lain. Ianya adalah salah untuk memburukkan negara dan mengorek kembali sejarah hitamnya hanya demi kepentingan hasil politik diri sendiri.

3. Dr Mahathir telah sekali lagi menunjukkan bahawa dia bukan seorang negarawan, tetapi satu penghinaan kepada Malaysia. Kenyataannya menjadi semakin terdesak dan tidak masuk akal. Ianya sangat memalukan untuk melihat bekas Perdana Menteri memusnahkan legasi beliau sendiri dan menggambarkan dirinya sebagai orang tua yang berdendam. Beliau menyerang kerana rancangannya untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokrasi, hanya untuk memastikan anaknya sendiri menjadi Perdana Menteri, telah gagal dengan teruk sekali.

4. Longkang bukanlah tempat untuk seorang perdana menteri - dahulu atau sekarang. Ianya adalah menyedihkan bahawa Dr Mahathir seolah-olah kelihatan begitu selesa di situ.

5. Nasib yang baik untuk Malaysia, Dr Mahathir bukan lagi pemimpin kita. Beliau telah menyebabkan kesalahan dan rasa meluat di Jerman, yang mana tahun lepas merupakan pelabur terbesar dari Eropah ke Malaysia. Jumlah pelaburan Jerman adalah USD 11.4 bilion. Bertentangan dengan itu, Perdana Menteri kita telah menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, dan berjuang untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA