Cinta Ditolak, Wanita Maut Ditikam 30 Kali


NEW DELHI: Seorang wanita berusia 21 tahun maut akibat ditikam sebanyak 30 kali selepas menolak cinta seorang lelaki, kata polis.

Karuna dari Burari di utara Delhi yang bertugas sebagai guru sementara di Novel Reaches School ditikam oleh Surender Singh, 34 yang dikenali mangsa.

"Wanita itu ditikam di sekitar Burari pada jam 9 pagi dan tiada siapa berani membantunya. Jenayah itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV)," kata Timbalan Penguasa Polis (Utara) Madhur Verma kepada wartawan.

Suspek yang juga anak kepada seorang pegawai polis bersara di Delhi dikatakan mengganggu Karuna sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu sudah dirampas dan kes itu difailkan mengikut keterangan sepupu mangsa, yang juga saksi kejadian," kata pegawai. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA