Chong Perlu Lebih Berani Bersuara Terhadap DAP Pusat



Pertikaian antara parti pembangkang berkenaan siapa layak jadi perdana menteri antara isu hangat yang menjadi persoalan ketika ini. Tun Mahathir mahukan Muhyiddin jadi perdana menteri. Lim Kit Siang pula mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Belum bertempur dalam pilihanraya pembangkang sudah bertempur sesama sendiri. Ini menyebabkan pembangkang tidak akan menemui kesepakatan untuk menempuhi pilihanraya.

Bagaimana pula dengan DAP Sarawak yang dipimpin oleh Chong Chieng Jen. Setakat ini Chong berdiam dalam soal siapa jadi perdana menteri di kalangan pembangkang.

Di Sarawak, Chong hebat mengkritik Ketua Menteri bab isu autonomi sehingga terlalu menekankan perbincangan kerajaan pusat dan negeri seperti perbincangan pusat dan negeri serta menjurus kepada hasutan yang keterlaluan sehingga mengelirukan pemahaman rakyat.

Daripada Chong menyalak isu autonomi Sarawak yang hakikatnya masih berjalan dan dibincangkan, lebih baik Chong bersuara lantang untuk mempertahankan autonomi DAP Sarawak sendiri.

DAP Sarawak langsung tiada hak untuk mempersoalkan keputusan dan hak sendiri kepada DAP pusat malah soal intergriti Lim Guan Eng pun Chong tidak berani bersuara.

Perkara seperti pemilihan siapa perdana menteri dikalangan pembangkang, Chong sepatutnya bersuara untuk melantik siapa perdana menteri bagi pihak DAP Sarawak.

Jika Chong berani mempersoal Ketua Menteri Sarawak, sepatutnya Chong lebih berani membuat keputusan dan memberi pendapat bagi mewakili DAP Sarawak dalam membuat keputusan mutlak. Autonomi tersebut perlu Chong tegakkan agar DAP pusat tidak memandang rendah suara DAP Sarawak.

Chong seharusnya cadangkan ahli DAP Sarawak sebagai perdana menteri walaupun beliau perlu menamakan diri sendiri sebagai calon perdana menteri. Itu yang perlu Chong lakukan dan itulah sebenarnya hak autonomi DAP Sarawak. Tiada guna jadi pengerusi DAP Sarawak jika suara tidak didengar oleh DAP pusat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA