Cadangan Untuk Bajet 2017 Ditutup jam 6 Petang Ini - PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu lebih banyak pandangan untuk menambahbaik kemudahan awam di negara ini disalurkan dalam cadangan #Bajet2017 sebelum ia ditutup jam 6 petang ini.

Perdana Menteri mengalu-alukan orang ramai mengemukakan idea bernas menerusi laman https://bajet2017.najibrazak.com.

"Hari terakhir untuk anda mengambil bahagian dan menyumbang kepada penyediaan #Bajet2017 sebelum ia ditutup pada jam 6 petang ini. Saya mahu baca lebih banyak lagi pandangan untuk menambahbaik kemudahan awam.

"Kemukakan segera di https://bajet2017.najibrazak.com/topics/11," katanya dalam entri Facebooknya, hari ini.

Cadangan mengenai Bajet 2017 dalam laman khas https://bajet2017.najibrazak.com diperkenalkan sejak 5 September lalu sebelum Bajet 2017 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober ini.

Idea yang disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Antara cadangan dikemukakan adalah penyerapan perjawatan tetap bagi pekerja kontrak di sektor awam, penjawat awam status kontrak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 2008 hingga 2016 dan Pegawai Pemantau Harga (PPH). - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA