Cadangan untuk Bajet 2017 dibuka hingga esok



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata cadangan untuk dipertimbangkan dalam penyediaan Bajet 2017 dilanjutkan hingga esok bagi membolehkan lebih ramai mengemukakan idea mereka.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam catatan dalam laman Facebook dan akaun Twitter beliau, malam tadi.

"Tempoh buka cadangan buat #Bajet2017 dilanjutkan hingga 21 September (esok). Jangan lepaskan peluang ini, teruskan beri cadangan anda di bajet2017.najibrazak.com.

"Sepanjang kempen cadangan #Bajet2017 yang berlangsung, banyak idea baik yang disampaikan. Saya percaya masih ada ramai yang tidak berkesempatan dan ingin kemukakan idea kepada kerajaan," katanya.

Tempoh sumbangan cadangan dalam laman web itu bermula pada 5 September lalu dan sepatutnya berakhir jam 6 petang semalam.

Idea yang disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA