Bursa Malaysia Terima Panggilan Ancaman Bom?


SUASANA di luar bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur huru-hara apabila orang ramai digemparkan dengan panggilan dipercayai ancaman bom yang diterima agensi tersebut.

Orang ramai yang berada di dalam bangunan berkenaan di Bukit Kewangan dekat Jalan Raja Chulan juga telah diarahkan keluar oleh pihak berkuasa untuk tujuan keselamatan.

Manakala, media tempatan dimaklumkan bahawa jalan-jalan di sekitar bangunan 15 tingkat berkenaan turut telah ditutup oleh pihak berkuasa.

Sementara, pihak polis pula sedang mengawal ketat kawasan di sekitar bangunan Bursa Malaysia.

Skuad pemusnah bom dan pasukan anjing pengesan K9 dilihat telah tiba di lokasi kejadian.

Menurut satu sumber kepada laman Facebook Sini Laken, panggilan ancaman itu diterima kira-kira pukul 1 petang Jumaat.

Dalam panggilan ancaman tersebut, suspek mendakwa mahu meletupkan bom selepas solat Jumaat.

Sehingga kini, masih belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai situasi sebenar.

Difahamkan, pihak polis kini sedang mengesan mana-mana individu yang mencurigakan di kawasan berdekatan bangunan itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA