Bukan Mudah Pemaju Beri Pinjaman Kewangan - Abang Johari


KUCHING: Bukan mudah untuk pemaju perumahan memberikan pinjaman kepada pembeli rumah kerana perkara itu menggunakan sistem perbankan yang betul dan memerlukan kajian terperinci terlebih dahulu sebelum dilaksanakan, kata Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu beliau berkata, kementeriannya tidak akan mengikut langkah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberikan lesen pinjaman kewangan kepada pemaju perumahan dalam membantu pembeli rumah yang berdepan kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

"Pemaju perumahan merupakan pihak swasta yang perlu menjual rumah dan pada masa sama memberi pinjaman kepada pembeli... ia bukan perkara muda kerana banyak aspek perlu diambil kira," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abang Johari yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, beliau agak terkejut dengan keputusan KPKT hendak memberikan lesen pinjaman kewangan kepada pemaju perumahan.

Baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Nor Omar dipetik sebagai berkata, kementeriannya akan mempertimbangkan cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pinjaman wang bagi membantu pembeli rumah. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA