Budak Tiga Tahun Maut Terkena Batu Terbang


JOHOR BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki mangsa dan keluarganya.

Semasa kejadian Mohd Faizal Selamat, 35, dan keluarganya dalam perjalanan menuju ke kampung halaman mereka di Kota Tinggi pada Jumaat.

Anak lelakinya, Afiq Qayyum, sedang duduk di atas riba isterinya di tempat duduk hadapan manakala dua abangnya duduk di bahagian belakang.

"Ketika itu saya memandu melalui Taman Saujana dan sedang menuju ke Kem Tentera Pulada kira-kira pukul 2 petang.

"Secara tiba-tiba entah dari mana cermin depan kereta pecah. Isteri saya menjerit dan darah keluar dari kepala Afiq," katanya.

Kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan Mohd Faizal menghentikan keretanya dan cuba memanggilnya," katanya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian turut datang membantu dan menelefon ambulans.

Afiq dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah tetapi disahkan meninggal dunia pagi Sabtu.

Mohd Faizal yang membuat laporan polis berkata beliau tidak pasti dari mana datangnya batu terbang itu.

"Batu itu besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya," katanya.-Mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA