Bot Pendatang Karam Di Mesir, 42 Lemas


KAHERAH: Angka korban susulan insiden bot pendatang karam di pesisir pantai utara Mesir kelmarin mencecah 42 orang, kata pegawai.

Bot yang tidak dapat disahkan jumlah penumpangnya itu dipercayai terbalik dekat bandar pelabuhan Rosetta, kata polis dan pegawai perubatan.

Tragedi berlaku beberapa bulan selepas agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex, memberi amaran mengenai peningkatan jumlah pendatang yang menuju ke Eropah akan singgah di Mesir sebelum merentas jalan laut yang berbahaya.

Menurut petugas kecemasan, seramai 150 penumpang berjaya diselamatkan.

Susulan itu, Perdana Menteri Mesir, Sharif Ismail mengarahkan polis menahan penyeludup yang bertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan.- Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA