Bomba Potong Cincin


KOTA TINGGI – Pihak bomba dan penyelamat dipanggil untuk memotong sebentuk cincin keluli yang tersekat pada jari seorang pemuda Indonesia.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Azmi Wahab berkata pihaknya menggunakan alat seperti pemotong dan playar untuk mengeluarkan cincin pada jari manis pemuda berkenaan setelah dia dibawa ke balai bomba.

Beliau berkata mangsa yang bekerja di ladang berhampiran turut diberikan suntikan pelali oleh petugas hospital yang dipanggil dan selepas 10 minit, cincin tersebut berjaya ditanggalkan dari jari mangsa.

Cincin itu terletak pada jari mangsa sudah tiga hari sehingga menyebabkan jari mangsa bengkak dan bernanah, katanya.

Azmi berkata pemuda berkenaan sebelum itu mendapat rawatan di Klinik Tanjung Sedili sebelum dirujuk ke Hospital Kota Tinggi yang pihak hospital akhirnya terpaksa mendapatkan khidmat pihak bomba.

“Kita dimaklumkan pemuda itu akan menanggalkan cincinya setiap hari. Namun pada hari itu dia tidak dapat menanggalkannya walaupun pelbagai cara digunakannya,” katanya.

Beliau berkata jika cincin itu tidak tidak dapat dikeluarkan, jari pemuda itu mungkin terpaksa dipotong. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA