Bina Transformer Dari Kereta BMW


ANKARA: Sekumpulan jurutera Turki berjaya menghasilkan robot gergasi Transformer dari sebuah kereta BMW, lengkap dengan tangan dan kaki - hanya dengan menekan butang.

Dalam proses yang mengambil masa beberapa saat, pintu kereta itu akan terbuka dan menjulur menjadi dua bilah seperti tangan.

Kemudian, muncul kepala robot dari bumbung kereta, membentuk jentera yang kelihatan garang.

Seramai 12 jurutera dan empat jurutenik dari syarikat Letvision menghasilkan prototaip robot berkenaan yang mereka namakan Antimon.

Syarikat berkenaan merancang menjual Transformer itu pada masa depan. Bagaimanapun, setakat ini, harganya belum ditetapkan.

Pada masa sama, ia juga masih belum mempunyai kebenaran untuk dipandu di jalan raya, tetapi terdapat rancangan untuk melengkapkannya dengan enjin elektrik.

Antimon itu tidak boleh berjalan. Namun, menurut syarikat berkenaan, fungsi itu boleh ditambah jika ada pembeli yang sanggup membayarnya. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA