Bina Jalan Di Sarawak Lebih Mahal Berbanding Semenanjung Malaysia


KUCHING: Kos pembinaan jalan raya di Sarawak lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan negeri ini mempunyai taburan tanah gambut yang luas dan agak dalam.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan pada masa ini sedang mencari penyelesaian termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pembinaan Tanah Gambut (CoPS).

Malah menurutnya, pembinaan jalan raya di atas tanah gambut juga agak mencabar dan jika tidak dibina dengan pendekatan terbaik, permukaan jalan akan menjadi berbonggol.

"Ya, pembinaan jalan raya di Sarawak mahal berbanding di Semenanjung Malaysia kerana negeri ini mempunyai banyak taburan tanah gambut," katanya.

Menurut Fadillah, jika 10 tahun lepas pembinaan jalan di Batu Kawah yang merupakan projek perintis menelan belanja RM20 juta setiap kilometer, sekarang berkemungkin kos berganda.

"Namun kita akan cari jalan dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri agar penyelesaian kreatif dapat dicapai," ujarnya. -Sarawakiana





1 comment:

  1. Semanjung tak pe la... Dah ada macam-macam dari dulu. Dari aspek pembangunan, sarawak memang jauh ketinggalan. Padahal, kebanyakan pembangunan tersebut adalah hasil dari Sarawak. Setakat bina jalan raya pan borneo tu apalah sangat... Bukannya bina kemudahan awam yang lain macam kat KL tu. Kami bayar cukai jalan jugak nantikan?!

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA