Bersyukur Terima Bantuan Selepas Hanya Harapkan Simpati Keluarga


BINTULU: Selepas kematian suami pada November tahun lepas, kehidupan Suraya Annie Abdullah bersama empat orang anaknya berubah dan hanya mengharapkan simpati keluarga untuk menyara kehidupan.

Dua anak Suraya, Nikhleas Galih,13, Siti Najiha,10, masih bersekolah manakala dua lagi Siti Nor Elyana dan Mohamad Azmi masing-masing berusia tiga dan dua tahun.

Suraya yang tinggal di Kampung Komunting berkata, pada masa sekarang dia tidak mampu bekerja kerana terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil.

"Selepas suami meninggal dunia pada November 2015, kami sekeluarga hilang punca pendapatan.

"Kami anak-beranak hanya mengharapkan sumbangan keluarga," katanya.

Menurutnya, bebanan yang ditanggungnya sedikit berkurangan sekarang selepas menerima bantuan sara hidup daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

"Nasib baik ada bantuan ini (sara hidup), dapat juga digunakan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga," ujarnya.-Sarawakiana.






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA