Bersih 5 Pada 19 November Ini


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November ini, kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Beliau berkata Bersih 2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara bermula 1 Oktober dengan kemuncaknya pada perhimpunan Bersih 5 itu nanti.

Maria berkata perhimpunan kali menuntut lima perkara dilaksanakan iaitu mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

"Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu keluar dan memulakan perbualan nasional tentang isu-isu ini kerana masa depan bersama kita akan terjejas," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA