Berang Dengan Suami Isteri Nekad Gigit Jari Suami Di Miri


MIRI: Seorang lelaki tampil membuat laporan polis setelah mendakwa jari kelingking digigit isterinya yang berang kerana pulang lewat ke rumah di Kampung Lereng Bukit disini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu, pertengkaran antara suami isteri tersebut menjadi semakin tegang sehingga menyebabkannya jari kelingking mangsa yang berusia 26 tahun itu hampir putus.

Memetik laporan akhbar tempatan Utusan Sarawak hari ini, mangsa dikatakan baru sahaja kembali daripada membeli barang keperluan sebelum kembali ke rumah dan bertikam lidah antara mereka.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat mangsa atas sebab tidak puas hati terhadap isterinya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA