Benarkah Santau Dalam Makanan ?


Dalam kehidupan harian, sikap manusia memang sukar dijangka. Ada yang baik, jahat dan ada yang suka iri hati.

Kategori iri hati ini juga terbahagi kepada pelbagai golongan. Ada yang hanya suka cemburu dan ada yang lebih agresif dengan bertindak berbagai cara bagi menjatuh seseorang dengan menghantar santau.

Teringat kisah seorang rakan yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup. Memiliki penampilan yang cukup menarik dan lebih mudah singkatannya cukup pakej.

Beliau setelah mencapai kejayaan, beliau merasa ada sesuatu akan berlaku. Beliau kelihatan gelisah dan tidak menentu sehingga tidak senang duduk setelah mendengar cerita tentang santau.

Pada suatu hari beliau pulang ke rumah pada waktu tengahari menyebabkan ibunya merasa hairan. Ibunya cuba masak untuk hidangan tengahari agar beliau dapat makan kerana ibunya melihat beliau tidak bertenaga.

Setelah habis masak, ibunya memanggil untuk makan. Beliau turun makan dan kelihatan makanan masakan ibunya cukup menyelerakan.

Hampir lima minit menjamah makanan tiba-tiba beliau meracau memarahi sesuatu. Beliau berkata :
"Apa salah aku. Kenapa engkau nak kenakan aku. Aku tidak pernah ganggu hidup kau sehingga kau sanggup guna santau melalui makanan,"

Begitulah ayat beliau ketika melihat sesuatu yang berbentuk kain putih yang dibalut dalam makanan. Ibunya bergegas dari dapur dan melihat apa yang berlaku.

Ibunya menanyakan kenapa beliau begitu marah. Beliau pun menunjuk sesuatu dalam makanan dan mengatakan ada orang menghantar santau.

Wajah ibunya mula merah padam dan mata jelas seperti dirasuk. Ibunya yang memegang senduk mengetuk kepala beliau sambil berkata.

"Kau dah tak kenal sup bunjut kah" sambil mengangkat sup bunjut merupakan kain putih yang siap diikat dari dalam makanan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA