Beli MyKad Palsu

JOHOR BAHRU: Tujuh warga asing berusia 20 hingga 55 tahun ditahan penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas memiliki MyKad palsu dalam beberapa serbuan di sekitar Pasir Gudang, Johor, awal pagi hari ini.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim, berkata mereka ditahan dalam Ops ID yang diadakan di Flat Taman Rinting, Kampung Masjid dan Flat Taman Masai Utama.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dipercayai dari selatan Filipina dan Indonesia.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati enam daripada mereka menggunakan MyKad palsu, manakala seorang lagi ditahan atas kesalahan Memiliki kad pengenalan orang lain.

"Siasatan juga mendapati ada antara mereka mengaku membeli MyKad palsu dengan harga diantara RM300 hingga RM1,000 daripada sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri," katanya di sini hari ini.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA