Bekas Presiden Dan CEO Sime Darby Bebas Pertuduhan Pecah Amanah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair @ Zubir Murshid daripada tuduhan pecah amanah dan menipu.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan selepas membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Pada 17 Julai 2012, dia didakwa atas dua pertuduhan alternatif iaitu pecah amanah dana Sime Darby Berhad, membabitkan projek pembangunan tanah adat Sarawak dengan kerugian lebih RM100 juta.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan iaitu memperdaya ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad membabitkan projek yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.- Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA