Bekas Pegawai Daerah Tidak Mengaku Bersalah


SIBU: Seorang bekas pegawai daerah mengaku tidak bersalah di mahkamah di sini petang semalam atas tuduhan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu melibatkan tuntutan sebanyak RM4,450.

Tertuduh Wan Akil Wan Ahmad Bujang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, Wan Akil didakwa mengemukakan tuntutan elaun perjalanan itu pada 14 Ogos, 2014 di Pejabat Daerah Selangau.

Tertuduh didakwa mengemukakan Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Rasmi bertarikh 4 Ogos, 2014 berjumlah RM4,450, bagi bayaran elaun makan, penginapan dan tambang teksi untuk bulan Julai.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, Akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan 31 Oktober ini bagi tarikh pengurusan awal kes dan 21 hingga 23 November serta 28 hingga 30 November sebagai tarikh perbicaraan.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA