Bekas Jurutera Apple Sebagai Lagenda Gagal Temuduga


Walaupun beliau pernah dianggap sebagai lagenda di Apple, namun Genius Bar telah menolak permohonan bekas jurutera syarikat terbabit, JK Scheinberg untuk bekerja dengan mereka.

Selepas meninggalkan Apple, Scheinberg telah berhijrah ke Macs dan selepas 21 tahun dalam bidang berkenaan, beliau memohon untuk berkhidmat di Genius Bar.

Scheinberg yang sudah berusia 54 tahun menyangka beliau sesuai untuk jawatan berkenaan malangnya tekaan beliau tidak tepat. Beliau juga berusia dua kali ganda daripada semua calon yang datang ke temuduga berkenaan.

“Dalam perjalanan keluar (bilik temuduga), ketiga-tiga pegawai yang menemuduga saya berkata mereka akan menghubungi saya.

“Namun saya tidak pernah mendapat panggilan (selepas itu),’’ kata Scheinberg.

Menurut Business Insider, Scheinberg yang disifatkan sebagai genius telah mencipta intel versi Mac OSX.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA