Bayi Lahir Tanpa Mata Akibat Anophthalmia


Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan selepas bayi lelaki yang dilahirkannya tidak mampunyai mata. Keadaan itu disebabkan dia mengalami Anophthalmia .

Wanita itu, Liu Peihua, yang berasal Guangzhou, China, melahirkan anaknya pada 20 September lalu. Anophthalmia menjangkiti 30 daripada setiap 10,000 kelahiran dan bayi yang menghidapnya tidak akan mampu melihat.

Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan ibu bapanya kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan pakar bagi membantu mereka.

Menurut Liu, sepanjang kehamilannya, dia tidak dimaklumkan mengenai keadaan tersebut ketika pemeriksaan rutin dilakukan. Kes tersebut mendapat liputan meluas media dan bayi itu digelar bayi tanpa mata.

Liu berkata meskipun dia kecewa dan sedih dengan keadaan anaknya, namun dia tekad untuk membesarkan bayi tersebut walaupun bakal berdepan dengan kesukaran pada masa depan.

Setakat ini tiada rawatan untuk penghidap Anophthalmia walaupun ada kanak-kanak yang menggunakan mata artificial.-mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA