Bapak Tarik Anak Yang Berpelukan Dengan Ibu


YA ALLAH… luluh hati kami menonton sebuah video seorang anak memeluk erat ibunya seakan tidak mahu dilepaskan di mahkamah ini.

Video berdurasi 2 minit 48 saat yang dimuat naik oleh Sheila Nikki ini sekali gus menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, kanak-kanak itu berkelakuan sedemikian selepas mahkamah memerintahkan hak jagaan dapat kepada bapanya.

Menerusi video itu, kanak-kanak itu dilihat menolak tangan bapanya berulang kali ketika lelaki itu cuba memujuknya.

Ekoran situasi itu, lelaki berkenaan kemudian mengambilnya secara paksa. Sementara, anaknya pula memanggil ibunya seolah-olah minta diselamatkan.

Melihat rayuan anaknya itu, wanita itu segera mendapatkan anaknya. Manakala, kanak-kanak tersebut dengan pantas memeluk ibunya.

Ekoran itu berlaku insiden tarik menarik anak hingga menyebabkan si ibu dan anaknya terjatuh di lantai.

Lelaki itu kembali merampas anaknya, namun anaknya tetap menolak dengan menyebut ‘I don’t want’.

Rata-rata netizen pula melahirkan rasa sedih melihat nasib yang menimpa kanak-kanak itu.

Melihat video viral ini, satu pengajaran yang dapat kita pelajari iaitu hargailah pasangan masing-masing dan elakkan perselisihan faham kerana akhirnya jika berlaku berceraian, anak yang menjadi mangsa.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan ahli perniagaan terkenal. – MYNEWSHUB.CC

1 comment:

  1. kadang-kadang memang sesuatu diluar jangkaan sering mendatangi kita, sedih dengan nasib anak tersebut, namun kita tak berdaya melawan takdir yang menentukan sesuatu perkahwinan akan berakhir dengan keruntuhan. Saya seorang lelaki yang mempunyai seorang cucu lelaki (dan saya pernah di cop oleh sesetengah kawan-kawan saya sebagai seorang yang kasar dan keras hati) tapi luluh hati kalau tengok cucu saya dimarahi oleh anak atau menantu saya, mungkin memang begini sifat manusia bila usia tua semakin menyapa dan memburu kita.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA