Bandar Sarikei 'Bandar Nenas' Yang Terancang


Sarikei sebuah bandar dengan jolokan 'Bandar Nenas' yang semakin pesat membangun mempunyai sejarah tersendiri yang begitu terancang dari aspek pembangunan. 

Bandar pahlawan tersohor Shariff Mashor yang terkenal dengan perjuangan menentang penjajahan British pada masa dahulu.



Jika mengunjungi Sarikei, untuk bersarapan pagi tidak menjadi masalah mencari tempat-tempat bersarapan.

Seawal subuh pagi gerai-gerai minuman sudah dibuka.

Yang menjadi keistimewaan ialah air kopi bandar ini begitu sedap kerana biji-biji kopi di sini akan diproses sendiri dan rasanya begitu segar.



Kuih muih tradisional seperti pulut panggang, penyaram, kuih rangin, tapai manis dan sebagainya akan menjadi santapan yang melazatkan.

Roti bakar Sarikei adalah menu yang begitu popular kerana tiada terdapat di lai-lain tempat.


Kedudukan Sarikei yang terletak di tepi sungai menjadikan ia sebuah bandar yang begitu menarik.

Keindahan matahari terbit sehinggalah matahari terbenam menjadikan bandar ini satu destinasi jurufoto untuk mengambil gambar suasana pagi dan matahari terbenam.



Market Sarikei menjadi pusat penduduknya untuk memperolehi bekalan asas seperti sayur-sayuran dan ikan-ikan segar yang menjanjikan harga patut kepada pengguna.

Walaupun tidak memiliki gedung-gedung membeli belah yang besar, Sarikei juga mampu menyediakan barang-barang seperti pakaian, barang runcit dan sebagainya dengan harga yang begitu berpatutan.



Kawasan penempatan peduduk begitu terancang dan lebih teratur.

Kampung-kampung yang didiami oleh berbagai kaum seperti Melayu, Melanau, Iban dan Cina menjadikan Sarikei antara bandar yang begitu kukuh perpaduan dikalangan warganya.


Bandar Sarikei tetap hidup dan terus berkembang dalam pelbagai aspek. Pertanian adalah sumber utama dan menjadikan bandar ini pengeksport lada terbesar di Malaysia.

Nenas Sarikei pula adalah produk-produk pertanian yang popular dan maka dengan itu Sarikei menerima jolokan sebagai Bandar Nenas di Sarawak serta terancang pembangunannya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA