BAKTI Sumbang RM10,000 Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Jalak


KUCHING: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran Rumah Panjang Jalak di Tanjung Penasu, Sibu.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah, kebakaran rumah panjang tersebut melibatkan 39 pintu rumah jenis kayu yang musnah keseluruhan melibatkan 263 penghuni.

“Sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga memberi bantuan bencana JKM berjumlah RM143,980 merangkumi peralatan dapur, makanan dan bahan binaan kepada 39 buah keluarga. Manakala, bantuan wang saku dan pakaian harian di berikan secara individu kepada 263 orang penghuni,” ujarnya.

Di samping itu, bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada turut disampaikan anak- anak yang masih bersekolah.

“Kita berterima kasih kepada persatuan yang lain seperti BAKTI yang telah menghuklurkan sumbangan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan BAKTI kepada Rumah Panjang Jalak, di Bangunan Baitulmakmur, di sini sebentar tadi.

Dalam Majlis yang sama Fatimah berkata, kajian semula akan dijalankan untuk menambah jumlah bantuan kepada mangsa bencana.

"Kita mengemukakan kertas cadangan kepada kabinet dan dapat dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet Negeri akan datang," ujarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA