Bahasa Iban Bukan Hanya Bahasa Pertuturan


KUCHING : Bahasa Iban bukan lagi bahasa pertuturan oleh masyarakat Iban sahaja kerana ia sudah berkembang ke seluruh dunia, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, usaha memartabatkan bahasa tersebut sentiasa dipergiatkan termasuk dengan mewujudkan kamus Iban-Inggeris.

Malah menurutnya, ia sekaligus dapat mengangkat bahasa tersebut ke tahap lebih tinggi.

"Usaha mewujudkan kamus ini harus dipuji dan dihargai kerana ia (kamus) akan menjadi rujukan masyarakat dunia untuk mendalami bahasa ini.

"Sekarang ini bahasa Iban bukan hanya dipertuturkan dalam komuniti sahaja malah kepimpinan tertinggi Sarawak turut bercakap dalam bahasa ini (Iban)," katanya berucap pada Majlis Perasmian 'A Comprehensive Iban-English Dictionary' di sini sebentar tadi.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Douglas pada masa sama turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Adenan kerana menyokong memartabatkan bahasa Iban.

"Saya berbangga kerana masyarakat negeri ini termasuk Ketua Menteri sering kali bercakap dalam bahasa Iban ketika berucap," ujarnya. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA