Aziz DAP Mahu Kerajaan Halalkan Ganja?


KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen DAP, Abdul Aziz Isa sekali lagi tampil dengan kenyataan kontroversi mengkritik kerajaan Malaysia yang melaksanakan hukuman mati terhadap pengedar dadah jenis ganja.

Menurut Aziz, kerajaan perlu menyemak semua sebarang akta berkaitan dengan ganja, kerana ganja tidak boleh diklasifikasikan sebagai dadah.

“Ganja tidak boleh diklasifikasikan sebagai dadah, biarpun ia menghayalkan.

“Namun ianya tidak menyebabkan ketagihan dan merosakkan Masyarakat,” katanya menerusi akaun facebook semalam.

Malah katanya, ganja amat mujarab dalam bidang kesihatan berbanding dadah yang banyak membawa kepada kemudaratan.

“Sejarah menunjukkan bahawa ganja amat berguna dalam bidang perubatan. Namun ianya diharamkan oleh segelintir ahli politik kapitalis dengan menukar nama cannabis kepada marijuana agar ianya kedengaran seperti Mexico yang sinonim dengan lubok pengedar dadah di dunia. Maka, Malaysia pun terikut-ikut pengharaman tersebut tanpa usul periksa,” ujarnya

Aziz yang juga merupakan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi DUN Batu Kitang pada Pilihan Raya Sarawak yang lalu, turut membidas serta menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) terlibat dalam pasaran gelap dadah jenis ganja.

“Adakah kerajaan BN takut dengan membenarkan pengedaran ganja dalam pasaran Malaysia secara sah maka ianya akan menjejaskan sebahagian pasaran gelap pengedar dadah dikalangan kroni-kroni BN?,” soal Aziz.

Untuk rekod, pada Disember 2015, negara Uruguay meluluskan undang-undang perintis untuk membenarkan penggunaan marijuana, sekali gus menjadi negara pertama di dunia 'menghalalkan' pengeluaran dan penjualan dadah jenis berkenaan.

Ramai berpendapat, jika Malaysia membenarkan pengedaran dan penjualan ganja di negara ini. Adakah kita mampu untuk mengawal penularan gejala dadah jenis ganja.

Seperti yang didakwa pemimpin muda DAP ini, ganja tidak menyebabkan ketagihan dan merosakkan Masyarakat. Apakah dengan menghalalkan ganja akan memberi kebaikan kepada rakyat dan ekonomi negara? - Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA