Aziz DAP Intai Peluang Di Petra Jaya?


MENANAM niat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong sehingga menubuhkan pusat khidmat.

Namun nasib tidak menyebelahi Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa kerana dicantas Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekaligus membuatkannya mencari arah.

Kemudian Aziz meraih simpati di DUN Stakan dengan berkempen ke sana ke sini meraih pengundi tetapi turut dinafikan kemampuannya dan dipindahkan ke DUN Batu Kitang.

Di Batu Kitang, Aziz yang berkeyakinan besar untuk menang turut gagal apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Lo Khere Chiang yang menyaksikan pertembungan bersama rakan Pakatan Harapan dari PKR Voon Shiak Ni.

Selepas gagal pada PRN lepas, Aziz seolah beralih arah dan mula menunjuk diri di kawasan Parlimen Petrajaya pula.

Adakah Aziz mula mengintai kawasan yang merupakan kubu kuat (BN) itu yang disandang Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kerja Raya.

Aziz dalam laman Facebook peribadinya sudah mula bergerak di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Mungkinkah Aziz akan diberi peluang meskipun lazimnya Parlimen Petrajaya diperuntukkan kepada PKR ataupun sekali lagi menyaksikan pertembungan Pakatan Harapan.- Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA