Asap Dalam Kabin, Pesawat Filipina Patah Balik


MANILA: Pesawat Philippine Airlines yang dalam penerbangan ke lapangan terbang Haneda di Tokyo hari ini terpaksa berpatah balik ke Manila 20 minit sejurus berlepas selepas kru mengesan asap dalam kabin.

Kapal terbang yang membawa 235 penumpang dan anak kapal itu mendarat dengan selamat dan tiada laporan kecederaan diterima.

Pegawai berkata, pasukan bomba dan penyelamat dihantar ke lokasi tetapi pesawat itu mendarat tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Jurucakap syarikat penerbangan, Cielo Villaluna, berkata pesawat A340-300 dengan 222 penumpang dan 13 kru kembali ke Manila disebabkan masalah teknikal.

Katanya, ia diperiksa untuk menentukan mengapa ia berpatah balik dan punca asap masih belum diketahui. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA