APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Perairan Miri


MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM) menahan lapan lelaki warga Vietnam di perairan Miri kerana kesalahan menangkap ikan tanpa permit.

Ketua Penguatkuasa APMM Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit berkata, tangkapan ke atas lapan suspek berusia 18 hingga 39 tahun itu dilakukan dalam satu operasi yang dilakukan oleh APMM Miri pada pukul 4.20 petang kelmarin.

"Hasil tangkapan tersebut APMM Miri merampas sebuah bot nelayan Vietnam dengan hasil tangkapan pelbagai jenis bernilai RM50,000," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ismaili berkata, kes tangkapan nelayan asing semalam adalah kes yang kesembilan bagi seluruh Sarawak pada tahun ini dan yang ketiga dilakukan oleh APMM Miri.

"Satu laporan polis akan dibuat hari ini supaya tindakan undang-undang dapat diambil di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan tanpa permit," katanya lagi.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA