Apa nasib anak-anak Angelina Jolie dan Brad Pitt?


DUNIA hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita perceraian ‘power couple’ Angelina Jolie dan Brad Pitt pada Selasa.

Jolie dilaporkan telah menfailkan penceraian dari Pitt dengan turut menuntut hak penjagaan kesemua enam anak mereka.

Menurut laporan itu lagi, Jolie, 41, menfailkan dokumen terbabit pada Isnin dengan memberikan alasan hubungan mereka tidak lagi mampu dipulihkan.

Hak penjagaan anak-anak mereka kini menjadi perbualan peminat mereka di seluruh dunia.

Terbaharu, portal hiburan TMZ melaporkan Jolie sedang berusaha untuk memberi 'joint legal custody' iaitu hak penjagaan bersama.

Jolie dalam satu kenyataan pada Selasa mendedahkan bahawa ini adalah masa penting untuk beliau menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

Pitt dalam satu kenyataan melalui peguamnya berkata kepentingan anak-anak mereka adalah keutamaan mereka. - AWANI

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA