Apa Kebaikan Gulingkan Kerajaan Barisan Nasional ?

Laman Facebook menjadi medium utama para netizen pro kerajaan dan pro pembangkang memberi komen positif terhadap kerajaan dan komen negatif serta inginkan Barisan Nasional (BN) digulingkan.

Pendapat pro pembangkang hampir keseluruhannya inginkan kerajaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan.

Tidak dinafikan kepimpinan kerajaan hari ini tidak juga sempurna kerana sebagai manusia memang tidak lari daripada kesilapan. Namun kesilapan tersebut perlu dilihat samada ia satu kesilapan besar atau kesilapan manusia biasa.

Persoalannya kini, adakah releven kerajaan hari ini digulingkan ?

Cuba perhati negeri di bawah pentadbiran pembangkang dan bandingkan dengan pentadbiran kerajaan BN. Di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP jelas menampakkan kepincangan yang terlalu besar pada pandangan masyarakat.

Kepimpinan kerajaan Malaysia sering disebarkan dengan cerita barang naik, rasuah dan sebagainya tetapi tiada pula terdapat kesahihan sebenar cerita tersebut.

Di Pulau Pinang sahaja berbagai perkara melibatkan kenaikan diumumkan melibatkan sewa rumah, tempat letak kereta, air, caj tilam dan sebagainya. Ia berlaku tanpa mendapat pandangan rakyat.

Di Selangor dibawah pentadbiran PKR turut mengikut jejak cara pentadbiran DAP Pulau Pinang. Kenaikan segala-galanya telah berlaku dan ia jauh menyimpang seperti apa yang terkandung dalam buku jingga.

Dahulu DAP sering mengaitkan BN dengan isu rasuah tetapu hari ini sebaliknya berlaku. Buktinya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang bergelumang dengan kes rasuah di mahkamah.

Moralnya, di mana asas sebenar kebaikan menggulingkan kerajaan BN sedangkan pembangkang lebih keterlaluan pincang intergritinya. Yang pasti pembangkang berjaya menetapkan pemikiran rakyat agar membenci kerajaan BN walhal pada hakikatnya pembangkang lebih teruk dalam urusan pentadbiran negeri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA