Anwar Tahanan Politik, Lawak Terbaru CIA



1. Anwar Ibrahim yang tidak bekerja, tiada perniagaan, banduan tersohor, bukan sahaja mampu membariskan peguam ternama dalam negara, sekarang turut membayar peguam luar negara.

2. Terbaru dalam senarai peguam beliau ialah Kimberley Motley yang Malaysiakini anggap “prominent US lawyer”.

3. Menurut Motley, setelah membaca semua fakta kes dan transkrip perbicaraan, beliau membuat keputusan Anwar Ibrahim tidak bersalah. Tipikal peguam Amerika Syarikat, mereka adalah peguam, juri dan hakim.

4. Hebatnya Motley dalam masa tidak sampai seminggu selepas dilantik oleh Anwar Ibrahim, beliau membuat keputusan bertentangan dengan 9 orang Hakim yang memahami selok belok undang-undang Malaysia dan duduk mendengar perbicaraan selama bertahun lamanya.

5. Hakikatnya, orang ramai kena faham Peguam akan berkata apa sahaja apabila dibayar apatah lagi peguam cari makan melalui politik seperti Motley. Motley menghabiskan sebahagian besar kerjayanya mencipta nama dengan cara “bergaduh” dengan sistem perundangan negara lain. Siapa yang menaja beliau? Kemungkinan besar ialah CIA sahaja.

6. Di Amerika Syarikat terdapat “komedi gelap/hitam” bahawa peguam dengan pelacur akan berbuat apa sahaja mengikut kehendak pelanggan mereka. Cuma, “A prostitute will stop screwing you when you’re dead. A lawyer still screw you after dead“.

7. Sebaik dilantik Motley tidak membuang masa membelasah Malaysia sebagai lebih teruk dari Afghanistan.

“Malaysia adalah tempat yang indah. Kecuali hakikat, bahawa saya telah dinafikan akses berjumpa dengan Anwar, penduduk di sini sangat baik. (Tetapi) mengejutkan Afghanistan lebih mudah daripada sini, untuk berkata sesuatu. Sebagai contoh, saya boleh berjumpa dengan orang yang saya wakili,”

“Malaysia is a beautiful place. Other than the fact that I’ve been denied access to Anwar, the people here have been beautiful they’ve been very kind.

“(But) Shockingly Afghanistan was easier than this, which is saying something. I would have been able to see my client for starters,” Motley told Malaysiakini in an interview yesterday.

7. Ya, Malaysia bukan Afghanistan yang sesuka hati kamu boleh perkotak-katikkan atas nama Amerika Syarikat. Sistem Perundangan Malaysia lebih lama dari umur kamu.

8. Motley yang baru tiba di Malaysia dua hari lalu mengkritik kerajaan kerana tidak membenarkan beliau menemui Anwar Ibrahim.

9. Untuk pengetahuan Motley, kedudukan kamu sebagai peguam dari Amerika Syarikat tidak akan memberi kamu apa-apa kelebihan berbanding peguam dan rakyat Malaysia yang lain.

10. Kamu mahu berjumpa banduan, ikut peraturan, Anwar Ibrahim adalah “convicted felon” bukan lagi tertuduh atau orang biasa.

11. Berbanding Afghanistan atau Malaysia pada zaman Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad, Malaysia hari ini tiada tahanan politik. Kami hanya menahan penjenayah. Mengikut Undang-undang negara ini, meliwat adalah satu jenayah. Sama ada kamu ahli politik atau orang biasa ia tetap satu kesalahan.-MYKMU.NET

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA