Anwar Akan Mohon Tahanan Rumah Jika Pembebasan Gagal


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon perintah tahanan rumah sebagai langkah terakhir jika kajian semula sabitan liwat keduanya gagal, demikian menurut The Weekend Australia.

Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley memberitahu akhbar itu bahawa pasukan peguam Anwar akan memberi tumpuan mengenai kekurangan bukti DNA dan percanggahan dalam keterangan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Sudah tentu kita mahu untuk mendapatkan pembebasannya.

"Jika ia tidak berfungsi, kami akan cuba untuk memohon tahanan rumah yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia," kata Motley yang baru dilantik sebagai penasihat undang-undang antarabangsa untuk Anwar.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat selepas dia didapati bersalah pada Mac 2014.

Motley berkata kes itu "penuh dengan masalah" dan salah satu yang paling kritikal adalah isu bukti yang diganggu oleh polis.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA