Anugerah Kenyalang : Kerajaan Negeri Sarawak Sumbang RM60,000


KUCHING : Kerajaan negeri menyumbang RM60,000 kepada pihak penganjur bagi menjayakan Anugerah Kewartawanan Kenyalang tahun ini.

Cek sumbangan diserahkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem kepada Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), Jacqueline Radoi David.

Turut memberi sumbangan ialah Sarawak Energy Berhad (SEB), Shell dan Petronas masing-masing berjumlah RM50,000.

Jacqueline berkata Petronas, Shell dan SEB sudah sekian lama bekerjasama dengan FSJA untuk memajukan wartawan di Sarawak dengan Petronas komited untuk menyumbang RM50,000 setiap tahun selama lima tahun hingga tahun 2020.

Beliau berkata Adenan telah dijemput untuk merasmikan malam anugerah tersebut pada 28 Okt ini.

Setakat ini pihaknya menerima 180 penyertaan bagi meraih lapan kategori anugerah yang tarikh tutup penyertaannya dilanjut hingga Rabu ini, katanya.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA