Anjelina Jolie Fail Tuntutan Cerai Terhadap Brad Pitt


Angelina Jolie dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai dengan suaminya, Brad Pitt, Isnin lalu.

Menurut sumber media hiburan barat, Jolie memfailkan permohonan tersebut atas alasan perbezaan pendapat yang tidak boleh diatasi antara mereka berdua.

Selain itu, penyalahgunaan dadah oleh Pitt juga menjadi salah satu sebab Jolie membuat keputusan untuk berpisah dengannya, selepas 2 tahun menjalani kehidupan sebagai suami-isteri.


Pasangan itu bertemu semasa berlakon bersama dalam filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2004. Pitt ketika itu masih berkahwin dengan seorang lagi pelakon terkenal, Jennifer Aniston.

Jolie dalam permohonan cerainya meminta hak penjagaan penuh terhadap enam anak mereka (termasuk anak angkat) dan hanya mahu membenarkan Pitt berjumpa dengan mereka pada masa yang ditetapkan.

Tindakan tersebut diambil kerana Jolie mendakwa tidak mahu anaknya terpengaruh dengan Pitt yang juga merupakan seorang pengambil alkohol yang tegar.

“Keputusan ini dibuat dengan sebab keselamatan keluarga dan anak-anak kami,” kata Jolie.

Pasangan tersebut amat menyayangi anak-anak mereka dan tidak pernah menunjukkan hubungan mereka berada dalam masalah di hadapan anak, sehinggalah tuntutan perceraian difailkan oleh Jolie.

Bagaimanapun, permasalahan dalam rumah tangga mereka mula dikesan pihak media sejak Julai lalu.

Jolie dan Pitt menjalin hubungan cinta sejak tahun 2004 dan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun 2014.-MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA