Ancaman Daesh Pada Hari Malaysia - Khalid


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan wujud ancaman atau serangan yang mungkin ditimbulkan oleh kumpulan pengganas Daesh pada sambutan Hari Malaysia 16 September ini.

Mengambilkira semua kemungkinan itu, Khalid berkata pasukan polis akan meningkatkan kesiapsiagaan dalam memastikan keselamatan negara.

“Di seluruh negara kita akan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman, baik dari Daesh atau sesiapa sahaja yang mahu mengancam sambutan Hari Malaysia,” kata belia pada Selasa.

Beliau ditemui semasa Program Ibadah Korban dan Akikah Peringkat Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Abdullah dilaporkan berkata serangan Daesh pada Hari Malaysia adalah satu kemungkinan.

Polis sebelum ini juga menggagalkan kemungkinan serangan oleh tiga suspek militan pada malam sebelum Hari Merdeka.

Ketiga-tiga mereka didakwa merancang menyerang pusat-pusat hiburan, kuil Hindu di Batu Caves serta balai polis menggunakan bom atau senjata api.

Ogos lalu, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay berkata laporan perisikan menunjukkan bahawa pengganas di Malaysia mungkin masih memiliki lapan lagi bom tangan seumpamany. - BNBCC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA